Monday, March 23, 2009

Al-zahrawi

TOKOH PERUBATAN :AL-ZAHRAWI

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi dianggap sebagai `Bapa Bedah Moden `. Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu. Beliau mencipta banyak alat-alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing. Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`.

Beliau telah mengarang kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard kelahiran Cremona dari bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah. Menurut Dr.Cambell di dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip sains perubatan al-Zahrawi sebenarnya mengatasi karya Galen di Eropah.
Betapa seorang tokoh terdidik dengan pendidikan Islam mempunyai MAMPU untuk mengegar dunia perubatan dengan teori dan praktikal yang selaras dengan ilmu perubatan moden sekarang. Buat para doktor, nurse (baca :jururawat) dan sesiapa yang melibatkan dan terlibat dalam bidang perubatan (medic) tiada salahnya Al-Zahrawi di jadikan antara tokoh yang dikagumi.

No comments:

Post a Comment